Enakmen 5 Tahun 2008
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008
BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN
Seksyen 13. Pembatalan pelantikan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan, boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota Majlis jika—
(a) kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan tugas-tugasnya sebagai anggota atau selainnya, adalah kelakuan yang memburukkan nama Majlis;
(b) dia telah menjadi tidak berupaya untuk menjalankan tugas-tugasnya dengan sempurna sebagai anggota;
(c) tanpa apa-apa alasan yang mencukupi pada pendapat Yang Dipertua, dia telah tidak menghadiri tiga mesyuarat Majlis secara berturut-turut;
(d) dia telah bertindak bertentangan dengan kepentingan Majlis; atau
(e) dia diisytiharkan bankrap.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.