Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965
BAHAGIAN II
MUFTI DAN JAWATAN-KUASA SHAR'IAH
Seksyen 42. Keputusan dan Fatwa hendak-lah di-ikuti.
(1) Pada ketika membuat atau tnengeluarkan apa2 fatwa saperti yang tersebut di-atas tadi Majlis dan Jawatankuasa Shar'iah hendak-Iah atas kelaziman-nya mengikut kaul yang mu'tamad di-dalam madzhab Shafi'i.
Dengan sharat bahawa jika sa-kira-nya di-fikirkan-nya dengan mengikut kaul yang mu'tamad atau kaul yang dha'if daripada madzhab Shafi'i akan berlawan dengan faedah umum, maka Majlis dan Jawatan-kuasa Shar'iah, dengan izin yang khas oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan, boleh-Iah mengikut kau12 salah satu daripada tiga madzhab yang lain (Maliki, Hanafi dan Hambali) yang mana2 difikirkan munasabah tetapi dalam mana2 fatwa yang di-buat dengan jalan ini hendak-Iah di-terangkan dengan jelas peratoran dan dasar2-nya yang hendak di-ikut.
(2) Apa2 fatwa yang di-beri oleh Majlis sarna ada dengan terus daripada atau menerusi Jawatan-kuasa Shar'iah atau pun apa2 keputusan di-atas mana2 soal yang di-buat oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan mengikut saperti yang tersebut di-atas tadi hendak-Iah jika di-perentahkan oleh Duli Yang Maha Mulia di-ishtiharkan dalam
Warta
Kerajaan dan dengan itu terikat-Iah semua orang Islam yang tinggal di-dalam Negeri ini.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.