ENAKMEN 11 TAHUN 2013
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 2013

BAHAGIAN III - KESALAHAN BERHUBUNGAN DENGAN KESUCIAN AGAMA ISLAM DAN INSTITUSINYA



Seksyen 15. Pendapat yang bertentangan dengan fatwa

Mana-mana orang yang memberikan, mengembangkan atau menyebarkan apa-apa pendapat mengenai ajaran Islam, Hukum Syarak atau apa-apa isu yang bertentangan dengan mana-mana fatwa yang sedang berkuat kuasa di Negeri Pahang melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.