ENAKMEN 11 TAHUN 2013
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 2013

BAHAGIAN V - KESALAHAN PELBAGAI



Seksyen 51. Penyalahgunaan tanda halal

Mana-mana orang yang mempamerkan, pada atau berkenaan dengan mana-mana makanan, minuman atau bahan gunaan yang tidak halal, apa-apa tanda yang menunjukkan bahawa makanan, minuman atau bahan gunaan itu adalah halal melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.