ENAKMEN 13 TAHUN 2015
ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH (II) 1993 (2015)
BAHAGIAN IV - PELAKSANAAN HUKUMAN
Seksyen 52. Pelaksanaan hukuman potong tangan dan kaki
Bagi maksud Kanun ini-
(a) hukuman potong tangan bermakna memotong tangan di pergelangan tangan; iaitu di sendi yang menyambungkan tapak tangan dengan lengan.
(b) hukuman potong kaki bermakna memotong kaki di bahagian tengah kaki itu supaya tumit kaki boleh lagi digunakan untuk berjalan atau berdiri.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.