ENAKMEN 12 TAHUN 1991
ENAKMEN KAWALAN DAN SEKATAN PENGEMBANGAN AGAMA-AGAMA BUKAN ISLAM 1991

BAHAGIAN II - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 7. Kesalahan menghantar atau menyerahkan terbitan-terbitan mengenai apa-apa agama bukan Islam kepada seorang Islam

(1) Seseorang adalah melakukan kesalahan jika ia, dari dalam Negeri menghantar atau menyerahkan atau menyababkan dihantar atau diserahkan kepada seorang Islam di dalam atau di luar Negeri, atau, dari luar Negeri, menghantar atau menyababkan dihantar atau diserahkan kepada seorang Islam di dalam Negeri, apa-apa terbitan mengenai apa-apa agama bukan Islam, atau apa-apa bahan publisiti yang berkaitan dengan terbitan itu, yang tidak diminta oleh orang lain itu.

(2) Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyenkecil (1) boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau kedua-dua denda dan penjara itu.

(3) Bagi maksud seksyenkecil (1), sesuatu penerbitan atau bahan publisiti yang dihantar atau diserahkan kepada atau dialamatkan kepada seseorang hendaklah dianggap sebagai dihantar atau diserahkan kepada orang itu.

(4) Adalah menjadi suatu pembelaan terhadap suatu pertuduhan di bawah seksyenkecil (1) bahawa tertuduh itu, setelah siasatan teliti, mempunyai sebab untuk mempercayai, dan sebenarnya mempercayai, bahawa orang yang kepadanya terbitan atau bahan publisiti yang berkenaan itu dihantar atau diserahkan bukan seorang Islam.

(5) Adalah tidak menjadi suatu pembelaan terhadap suatu pertuduhan di bawah seksyenkecil (1) bahawa orang yang kepadanya terbitan atau bahan publisiti yang berkenaan itu dihantar atau diserahkan telah membuat suatu permintaan bagi mendapatkannya jika permintaan itu telah didorong oleh tertuduh itu atau oleh mana-mana orang yang bertindak bagi pihak tertuduh tu.

(6) Seksyenkecil (1) tidak dipakai lagi-




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.