ENAKMEN 15 TAHUN 2015
ENAKMEN WAKAF (NEGERI SELANGOR) 2015

BAHAGIAN IV - PEWUJUDAN WAKAF



Seksyen 15. Pendaftaran mawquf

(1) Mana-mana orang yang ingin mewakafkan hartanya sebagai mawquf boleh berbuat sedemikian dengan mengisi borang sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.

(2) Mana-mana permohonan pendaftaran mawquf yang diterima oleh Perbadanan di bawah subseksyen (1) hendaklah didaftarkan oleh Pendaftar Wakaf dalam Daftar Wakaf dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan.

(3) Perbadanan hendaklah mengadakan suatu Daftar Wakaf bagi-

(4) Daftar Wakaf hendaklah menjadi bukti muktamad tentang fakta yang dinyatakan dalam Daftar Wakaf itu.

(5) Segala surat cara yang mewujudkan, yang menjadi keterangan, atau yang menyentuh mana-mana wakaf, berserta dengan mana-mana dokumen hakmilik atau cagaran lain yang berhubungan dengannya, hendaklah dipegang dan disimpan oleh Ketua Pendaftar Wakaf.

(6) Walau apa pun subseksyen (2), tiada wakaf boleh menjadi tidak sah semata-mata kerana wakaf itu tidak didaftarkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.