ENAKMEN 19 TAHUN 2014
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (KEDAH DARUL AMAN) 2014
BAHAGIAN I - KERELEVANAN
Bab 2 – Qarinah - Am
Seksyen 6. Fakta yang menjadi sebahagian daripada transaksi yang sama adalah qarinah
Fakta-fakta yang, walaupun tidak menjadi persoalan, sebegitu berkaitan dengan suatu fakta persoalan sehingga menjadi sebahagian daripada transaksi yang sama adalah qarinah.
MISALAN
A
dituduh memukul isterinya
B.
Apa-apa jua yang telah dikatakan atau dibuat oleh
A
atau
B
atau oleh orang yang berada di situ pada masa
B
dipukul atau sejurus sebelum atau selepasnya hingga menjadi sebahagian daripada transaksi yang sama adalah qarinah.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.