Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965
BAHAGIAN V - MASJID
Seksyen 114. Lantekan Pegawai Masjid.
(1) Tertanggong-lah di-atas jawatan-kuasa masjid itu memileh dan menchadang kapada Yang di-Pertua supaya di-lantek beberapa orang daripada kariah-nya bagi tempat itu menjadi Pegawai Masjid.
(2) Jika berlaku kekosongan bagi lantekan Pegawai Masjid dengan sebab mati, berhenti atau lain-nya maka tertanggong-lah di-atas jawatan-kuasa masjid itu memileh dan menchadangkan ganti-nya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.