ENAKMEN 6 TAHUN 2008
ENAKMEN MUFTI DAN FATWA (KEDAH DARUL AMAN) 2008

BAHAGIAN III - JAWATANKUASA FATWA



Seksyen 18. Penamatan, pemberhentian atau pembatalan

(1) Keahlian seseorang ahli Jawatankuasa Fatwa yang dilantik di bawah perenggan 11(1)(c) bolehlah ditamatkan atau dibatalkan pada bila-bila masa oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan atas syor Mufti atas sebab-sebab tertentu yang melayakkannya diberhentikan keahliannya.

(2) Mana-mana Ahli Jawatankuasa Fatwa yang dilantik di bawah perenggan 11(1)(c) bolehlah, dengan surat yang dialamatkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan, memohon perkenan melalui Mufti, untuk melepaskan keahliannya.

(3) Keahlian mana-mana ahli Jawatankuasa Fatwa yang tidak hadir ke mesyuarat sebanyak tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang munasabah bolehlah ditamatkan.

(4) Penamatan, pemberhentian atau pembatalan keahlian mana-mana Ahli Jawatankuasa Fatwa hendaklah disiarkan dalam Warta.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.