ENAKMEN 15 TAHUN 2015
ENAKMEN WAKAF (NEGERI SELANGOR) 2015

BAHAGIAN VII - WAKAF SECARA WASIAT



Seksyen 31. Wakaf kepada waris

(1) Mana-mana orang yang berhasrat untuk berwakaf boleh mewakafkan harta kepada warisnya.

(2) Jika waqif berada dalam keadaan marad al maut, dia tidak boleh membuat wakaf kepada warisnya kecuali dengan persetujuan semua waris.

(3) Sesuatu wakaf adalah tidak sah jika waqif mewakafkan hartanya secara berwasiat kepada warisnya kecuali dengan persetujuan semua waris.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.