ENAKMEN 8 tahun 2008
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH (KEDAH DARUL AMAN) 2008


Seksyen 27. Tindakan bersaling

(1) Jika Mahkamah Syariah dalam mana-mana negeri di Malaysia mengeluarkan waran atau saman, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa dalam negeri itu, untuk dilaksanakan ke atas atau disampaikan kepada seseorang yang berada atau dipercayai berada di dalam Negeri Kedah Darul Aman, maka mana-mana Hakim Syarie boleh mengesahkan waran atau saman itu dengan menandatanganinya dan waran atau saman itu boleh dilaksanakan atau disampaikan kepada orang itu seolah-olah waran atau saman itu telah dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah dalam Negeri Kedah Darul Aman menurut peruntukan Enakmen ini.

(2) Jika Mahkamah Syariah dalam Negeri Kedah Darul Aman mengeluarkan waran yang memberi kuasa untuk menangkap mana-mana orang, atau saman yang memanggil mana-mana orang supaya hadir di Mahkamah Syariah, dan orang itu berada atau dipercayai berada dalam mana-mana negeri lain di Malaysia dan waran atau saman itu telah dilaksanakan atau disampaikan kepada orang itu menurut mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa dalam negeri itu, maka waran atau saman itu hendaklah bagi maksud Enakmen ini disifatkan telah dilaksanakan atau disampaikan dengan sah seolah-olah perlaksanaan atau penyampaian itu telah dilaksanakan atau disempurnakan dalam Negeri Kedah Darul Aman.

(3) Jika Mahkamah Syariah dalam mana-mana negeri di Malaysia membuat satu perintah atau penghakiman di bawah peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa dalam negeri itu terhadap seseorang dan orang itu berada atau dipercayai berada dalam Negeri Kedah Darul Aman, maka Hakim Syarie, jika dia berpuashati bahawa perintah atau penghakiman itu telah dikeluarkan dengan sempurna oleh suatu Mahkamah Syariah yang berwibawa dalam mana-mana Negeri di Malaysia, boleh mengendorskan perintah atau penghakiman itu dan perintah atau penghakiman itu bolehlah kemudiannya dilaksanakan atau disampaikan, mengikut mana-mana yang berkenaan, seolah-olah perintah atau penghakiman itu telah dikeluarkan dengan sah oleh mana-mana Mahkamah Syariah dalam Negeri Kedah Darul Aman menurut peruntukan Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.