ENAKMEN 19 TAHUN 2014
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (KEDAH DARUL AMAN) 2014

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
Bab 1 - Permulaan



Seksyen 4. Anggapan

(1) Bilamana diperuntukkan oleh Enakmen ini bahawa Mahkamah boleh menganggap sesuatu fakta sebagai wujud, Mahkamah boleh sama ada menyifatkan fakta itu sebagai terbukti melainkan jika dan sehingga terbukti sebaliknya, atau boleh meminta buktinya.

(2) Bilamana diperuntukkan oleh Enakmen ini bahawa Mahkamah hendaklah mengganggap sesuatu fakta sebagai wujud, Mahkamah hendaklah menyifatkan fakta itu sebagai terbukti melainkan jika dan sehingga terbukti sebaliknya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.