ENAKMEN 6 TAHUN 2008
ENAKMEN MUFTI DAN FATWA (KEDAH DARUL AMAN) 2008

BAHAGIAN III - JAWATANKUASA FATWA



Seksyen 26. Qaul muktamad hendaklah diikuti

(1) Dalam mempertimbangkan apa-apa fatwa di bawah seksyen 21 atau memperakukan apa-apa pendapat di bawah seksyen 25 Jawatankuasa Fatwa hendaklah, pada lazimnya mengikut qaul muktamad Mazhab Syafie berlandaskan Al-Quran, Hadis, Ijma’ Ulamak dan Qiyas.

(2) Jika Jawatankuasa Fatwa berpendapat bahawa dengan mengikut qaul muktamad Mazhab Syafie suatu keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam akan terhasil, Jawatankuasa Fatwa bolehlah mengikut qaul muktamad Mazhab Hanafi, Maliki atau Hambali setelah mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan.

(3) Jika Jawatankuasa Fatwa berpendapat bahawa tiada satu pun qaul muktamad daripada empat mazhab itu boleh diikuti tanpa membawa kepada keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam, maka fatwa itu bolehlah diputuskan mengikut hematnya sendiri tanpa terikat dengan qaul muktamad daripada mana-mana mazhab yang empat itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.