Enakmen 5 Tahun 2008
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN



Seksyen 11. Keanggotaan Majlis

(1) Majlis hendaklah terdiri daripada anggota-anggota yang berikut—

(2) Anggota-anggota lain yang dilantik di bawah perenggan 11(1)(a), (b) dan (d) hendaklah dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan bagi apa-apa tempoh, tidak melebihi tiga tahun, sebagaimana yang ditentukan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan.

(3) Seseorang anggota yang tempoh jawatannya telah tamat boleh dilantik semula.

(4) Jika pada bila-bila masa orang yang memegang jawatan yang disebut dalam subperenggan 11(1)(c)(iii) bukan orang Islam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan hendaklah melantik seorang pegawai lain yang beragama Islam yang paling kanan selepasnya dari Jabatan atau Bahagian yang sama dengan orang itu untuk menjadi anggota bagi menggantikan orang itu.

(5) Mana-mana orang yang, sebaik sebelum seksyen ini mula berkuat kuasa adalah Yang Dipertua dan anggota Majlis Agama Islam Negeri Kedah yang dilantik dibawah Enakmen terdahulu hendaklah disifatkan sebagai telah dilantik sebagai Yang Dipertua dan anggota Majlis sehingga tempoh pelantikannya tamat.

(6) Anggota Majlis bolehlah dibayar apa-apa elaun atau saraan sebagaimana yang ditetapkan dengan kelulusan Raja dalam Mesyuarat.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.