Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

BAHAGIAN IV - KEWANGAN AMANAH KHAIRAT
BAITUL MAL



Seksyen 98. Pengertian surat2.

Jika pada fikiran Majlis ma'ana atau natijah sa-suatu surat atau perishtiharan yang menjadi atau mengenai sa-suatu wakaf atau nazar itu kesamaran atau tidak berketentuan maka Majlis boleh merojokkan perkara itu kapada Jawatan-kuasa Shar'iah bagi fikiran-nya berkenaan dengan ma'ana dan natijah-nya, dan hendak-lah menjalankan mengikut fikiran yang di-berikan oleh Jawatan-kuasa Sha'riah atau daripada suara yang terbanyak daripada-nya, melain-kan jika Duli Yang Maha Mulia memerentahkan dengan jalan yang lain.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.