ENAKMEN 11 TAHUN 2013
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 2013

BAHAGIAN V - KESALAHAN PELBAGAI



Seksyen 52. Mengajar agama Islam tanpa kebenaran atau tauliah

Mana-mana orang yang, kecuali di tempat kediamannya sendiri dan di hadapan ahli-ahli keluarganya sahaja, mengajar apa-apa hukum atau ajaran agama Islam tanpa kebenaran atau tauliah daripada Majlis melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.