Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

BAHAGIAN IX - KESALAHAN2



Seksyen 161. Mendaftar-kan masok Islam.

(1) Sa-siapa yang bertanggong jawab menyatakan pada Yang di-Pertua mengikut Fasal 146 (1) di-dalam Undang2 ini akan kemasokan sa-orang menjadi Islam dengan sa-mata2 lalai atau tidak membuat yang demikian
itu boleh-lah di-denda tidak lebeh daripada sa-ratus ringgit.

(2) Sa-siapa yang wajib menyatakan keluar daripada Ugama Islam mengikut fasal 146 (2) di-dalam Undang2 ini dengan sa-mata2 lalai atau tidak berbuat yang demikian boleh-Iah di-hukum penjara tiada lebeh daripada sa-bulan atau dengan denda tidak lebeh daripada sa-ratus ringgit.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.