ENAKMEN 7 tahun 2008
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Penjagaan ke atas Orang Dan Harta



Seksyen 96. Cagaran hendaklah diberi

(1) Jika seseorang dilantik oleh Mahkamah menjadi penjaga bagi harta seseorang kanak-kanak maka dia hendaklah, melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya, memberi cagaran dengan nilai sebanyak mana yang ditetapkan bahawa dia akan melaksanakan kewajipan sebagai penjaga dengan sewajarnya.

(2) Cagaran itu hendaklah diberi mengikut cara yang ditetapkan pada masa itu bagi penerima-penerima yang dilantik oleh Mahkamah; dan penjaga yang dilantik itu hendaklah mengemukakan akaunnya pada tempoh yang diperintahkan, dan hendaklah membayar apa-apa baki yang diperakui kena dibayar olehnya ke dalam Mahkamah mengikut cara yang ditetapkan bagi penerima-penerima.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.