Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

BAHAGIAN Ill
PERATORAN ('AM)



Seksyen 51. Peguam Shar'iah.

(1) Peguam Shar'iah boleh-Iah mengambil bahagian dalam mana2 Mahkamah bagi satu pehak dalam perbicharaan.

(2) Majlis hendak-Iah menyediakan daftar nama pada tiap2 tahun bagi orang2 yang di-dapati layak dan berkemahiran dalam hukum Shara' supaya boleh menjadi pembela dalam Mahkamah yang di-tubohkan di-bawah Undang2 ini. Orang2 itu akan di-kenali sa-bagai Peguam Shar'iah.

(3) Peguam Shar'iah tidak boleh hadhir dalam mana2 Mahkamah bagi mana2 pehak dalam satu2 perbicharaan melainkan dengan lesen bertulis yang di-keluarkan oleh Majlis dengan menjelaskan bayaran yang di-tetapkan. Lesen yang demikian hendak-Iah di-keluarkan tiap2 tahun dan ditanda tangani oleh Yang di-Pertua.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.