ENAKMEN 9 TAHUN 2015
ENAKMEN WAKAF (PERAK) 2015

BAHAGIAN IX - KEWANGAN



Seksyen 38. Pelaburan wang

(1) Semua wang wakaf boleh dilaburkan oleh Majlis-

dan pelaburan tersebut, berserta dengan mana-mana keuntungan yang diterimanya, hendaklah menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Wakaf.

(2) Bagi maksud seksyen ini-

“deposit” ertinya mawquf dalam bentuk wang yang disimpan mengikut terma dan syarat yang dipersetujui bersama oleh Majlis dengan mana-mana bank dan jika dituntut dalam apa jua keadaan, deposit itu hendaklah dikembalikan kepada Majlis tanpa sebarang sekatan dan caj tambahan melainkan caj yang dikenakan mengikut terma dan syarat yang telah dipersetujui; dan

“sekuriti” termasuklah stok, dana, saham dan bon, debentur dan lain-lain surat cara yang mewujudkan atau menerangkan suatu caj atau lien atas aset.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.