Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

BAHAGIAN IX - KESALAHAN2



Seksyen 158. Perkahwinan yang tidak sah 'akad-nya.

(1) Sa-siapa menikah atau pun membuat peratoran menikahkan satu2 perkahwinan di-antara orang2 yang kedua2-nya orang Islam dengan melanggar peratoran2 yang di-sebutkan di-dalam Bahagian Yang Keenam dalam Undang2 ini atau senghaja menjalankan peratoran mengkahwinkan yang tiada sah mengikut sharat Bahagian itu, boleh-Iah di-hukum dengan penjara tidak lebeh daripada tiga bulan atau dengan denda tiada lebeh daripada tiga ratus ringgit.

(2) Mana2 lelaki atau perempuan yang bershubahat di­atas kesalahan yang boleh di-hukum di-bawah fasal kechil (1) dalam fasal ini boleh di-hukum penjara sa-lama tlada lebeh daripada sa-bulan at au dengan denda tiada lebeh daripada sa-ratus ringgit.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.