ENAKMEN 11 TAHUN 2013
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 2013

BAHAGIAN VII - KECUALIAN AM



Seksyen 70. Pengkompaunan kesalahan

(1) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan atas nasihat Majlis boleh menetapkan melalui perintah yang disiarkan dalam Warta kesalahan di bawah Enakmen ini yang boleh dikompaun.

(2) Perintah itu boleh menetapkan orang yang boleh mengkompaun, had jumlah wang yang boleh dipungut sebagai kompaun, prosedur dan borang yang berkaitan dengan pengkompaunan kesalahan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.