Enakmen 5 Tahun 2008
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN



Seksyen 22. Minit

(1) Setiausaha hendaklah menyimpan minit semua mesyuarat Majlis.

(2) Pada tiap-tiap mesyuarat, minit mesyuarat yang lalu hendaklah dibaca dan disahkan, tertakluk kepada apa-apa pindaan yang diperlukan.

(3) Minit itu hendaklah dicatatkan dalam buku minit Majlis dan hendaklah mengandungi rekod penuh bagi tiap-tiap ketetapan yang dibuat oleh Majlis.

(4) Dengan seberapa segera yang mungkin selepas tiap-tiap mesyuarat Majlis, satu salinan draf minit itu hendaklah dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan, untuk diperkenankan.

(5) Jika ada apa-apa pindaan kepada draf minit semasa disahkan, pindaan itu hendaklah dengan segera dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan.

(6) Tiada keputusan yang dibuat dalam mana-mana mesyuarat Majlis boleh diambil tindakan sehingga minit mesyuarat itu disahkan dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan telah menandakan perkenannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.