ENAKMEN 19 TAHUN 2014
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (KEDAH DARUL AMAN) 2014

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
Bab 2 – Qarinah - Am



Seksyen 7. Fakta yang menjadi punca, sebab atau kesan bagi fakta persoalan atau fakta relevan

Fakta yang menjadi punca, sebab atau kesan, sama ada secara langsung atau selainnya, bagi fakta persoalan atau fakta relevan, atau fakta yang menjadi keadaan benda yang dalamnya fakta itu berlaku, atau yang memberi peluang untuk fakta itu berlaku atau dilakukan adalah qarinah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.