Enakmen 5 Tahun 2008
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 3. Memelihara hak Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata dalam Enakmen ini, tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Enakmen ini boleh mengurangkan atau menyentuh hak-hak dan kuasa-kuasa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan sebagai Ketua Agama Islam di dalam Negeri Kedah Darul Aman sebagaimana yang ditetapkan dan dinyatakan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman [P.U. 32/1959].




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.