ENAKMEN 19 TAHUN 2014
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (KEDAH DARUL AMAN) 2014

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGA
Bab 3 - Pemeriksaan saksi



Seksyen 117. Menggunakan sebagai keterangan dokumen yang enggan dikemukakan setelah notis diberikan

Apabila suatu pihak enggan mengemukakan sesuatu dokumen yang dia telah diberikan notis supaya mengemukakannya, dia tidak boleh kemudiannya menggunakan dokumen itu sebagai keterangan tanpa persetujuan pihak yang satu lagi itu atau tanpa perintah Mahkamah.
MISALAN

A mendakwa B atas suatu perjanjian, dan memberi B notis supaya mengemukakannya. Pada perbicaraan itu A meminta dokumen itu dan B enggan mengemukakannya. A memberikan keterangan sekunder mengenai kandungannya. B bercadang hendak mengemukakan dokumen itu sendiri untuk menyangkal keterangan sekunder yang diberikan oleh A itu, atau untuk menunjukkan bahawa perjanjian itu tidak bersetem. B tidak boleh berbuat demikian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.