ENAKMEN 13 TAHUN 2015
ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH (II) 1993 (2015)

BAHAGIAN III - KETERANGAN



Seksyen 39. Pembuktian kesalahan

(1) Bahagian ini adalah terpakai bagi kesalahan-kesalahan di bawah Kanun ini.

(2) Bagi apa-apa perkara yang tidak diperuntukkan secara khusus di dalam Bahagian ini, maka Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah 2002 [En. No. 9/2002] hendaklah terpakai.

(3) Semua kesalahan di bawah Kanun ini sama ada kesalahan hudud dan kesalahan qisas, hendaklah dibuktikan dengan keterangan lisan atau iqrar yang dibuat oleh yang tertuduh atau syahadah saksi.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.