Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

BAHAGIAN II
PENUBOHAN MAJLlS



Seksyen 11. Serahan harta benda kepada Majlis.

Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh dengan titah perentah-nya menyerahkan kapada Majlis apa2 harta benda yang boleh di-pindah atau tidak yang pada masa sa-belum mula berjalan kuasa Undang2 ini telah terserah kapada sa-siapa at au sa-suatu kuasa bagi kegunaan Ugama Islam dalam Negeri ini atau harta benda yang beramanah bagi ugama at au pun derma bagi faedah orang2 yang berugama Islam dan apabila berjalan kuasa perentah itu maka harta benda yang di-tunjokkan oleh perentah itu hendak-Iah, dengan tiada payah di-pindah milek atau di-tukarkan, tetapi harta2 bend a yang tiada boleh di-pindah hendak-Iah sa-Iepas di-daftarkan, terserah kapada Majlis dan demikian Juga segala harta benda atau lain yang bersangkut paut dengan harta benda itu sa-belum berjalan surat perentah itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.