ENAKMEN 19 TAHUN 2014
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (KEDAH DARUL AMAN) 2014

BAHAGIAN II - PEMBUKTIAN
Anggapan tentang dokumen



Seksyen 64. Anggapan tentang Warta, akhbar dsb.

Mahkamah hendaklah menganggap ketulenan tiap-tiap dokumen yang berupa sebagai Warta Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri, atau berupa sebagai akhbar atau jurnal dan tiap-tiap dokumen yang berupa sebagai dokumen yang diarahkan oleh mana-mana undang-undang supaya disimpan oleh mana-mana orang, jika dokumen itu disimpan pada matannya menurut cara yang dikehendaki oleh undang-undang dan dikemukakan daripada jagaan yang patut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.