ENAKMEN 6 TAHUN 2008
ENAKMEN MUFTI DAN FATWA (KEDAH DARUL AMAN) 2008

BAHAGIAN III - JAWATANKUASA FATWA



Seksyen 15. Minit

(1) Setiausaha hendaklah menyimpan semua minit mesyuarat Jawatankuasa Fatwa.

(2) Pada tiap-tiap mesyuarat, minit mesyuarat yang lalu hendaklah dibaca dan disahkan, tertakluk kepada apa-apa pindaan jika perlu.

(3) Minit hendaklah dicatatkan dan hendaklah mengandungi rekod penuh bagi tiap-tiap ketetapan yang dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa.

(4) Tiada keputusan yang dibuat dalam mana-mana mesyuarat Jawatankuasa Fatwa boleh diambil tindakan sehingga minit mesyuarat itu disahkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.