Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

BAHAGIAN Ill
PERATORAN ('AM)



Seksyen 54. Atoran sa-timbal dengan lain2 Negeri.

(1) Mana2 Kadhi Besar, Kadhi atau Naib Kadhi , mengikut sharat2 dalam Undang2 yang berjalan dalam mana2 Negeri yang tersebut dalam Jadual yang Kedua yang terkandong di-sini telah mengeluarkan surat panggilan Mahkamah kapada mana2 orang supaya menghadzirkan diri di-hadapan mana2 Mahkamah Shar'iah dalam Negeri tersebut, dan orang itu di-perchayai dudok dalam Negeri Perak maka Kadhi Besar atau mana2 Kadhi Wilayah bolehlah menurunkan tanda tangan di-atas surat panggilan itu dan surat panggilan itu boleh-Iah di-sampaikan kapada orang yang tersebut serupa-lah sa-bagaimana surat panggilan itu di-keluarkan oleh Mahkamah dalam sharat2 Undang2 ini.

(2) Jika di-bawah sharat2 dalam undang2 yang berjalan dalam mana2 Negeri yang tersebut dalam Jadual yang Kedua terkandong di-sini, surat panggilan Mahkamah telah di-keluarkan oleh Mahkamah Kadhi Besar atau Mahkamah Kadhi atau Naib Kadhi dan surat panggilan itu telah di-tanda tangani oleh Kadhi Besar, Kadhi atau Naib Kadhi dalam satu2 Negeri dan surat panggilan itu telah di-sampaikan kapada orang yang tersebut dalam surat panggilan itu, maka surat panggilan itu hendak-Iah di-sifatkan sa-bagai telah di-sampaikan dengan sah-nya mengikut Undang2 ini sarupa-lah sa-bagaimana surat panggilan itu telah disampaikan dalam Negeri2 itu.

(3) Raja Pemerentah dalam Meshuarat boleh-Iah dengan perentah yang di-siarkan dalam Warta Kerajaan, menambah, memotong at au meminda Jadual yang Kedua itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.