Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

BAHAGIAN IV - KEWANGAN AMANAH KHAIRAT
BAITUL MAL



Seksyen 97. Modal wakaf dan nazar.

(1) Tersharat kapada sharat2 cheraian2 (2) dan (3) daripada fasal ini, harta modal dan harta bend a (assets) yang
terkena oleh sa-suatu wakaf atau nazar 'am yang sah tidak boleh menjadi sa-bahagian daripada Baitul-Mal, tetapi
hendak-lah di-gunakan mengikut wakaf atau nazar 'am itu dan di-pegang sa-bagai kumpulan2 wang yang berasingan.

(2) Jika sa-telah habis tempoh-nya atau bertukar keadaan2 maka tidak-Iah lagi berfaedah menjalankan sharat2 yang tepat bagi sa-suatu wakaf atau nazar 'am, maka Majlis hendak-lah menyediakan satu ranchangan bagi menggunakan harta dan harta benda itu yang berkenaan dengan-nya sa-chara yang sa-hampir2 sama dengan yang di-kehendaki oleh sharat2 dari wakaf dan nazar 'am itu, dan hendak-lah menggunakan-nya sa-demikian:

Dengan sharat Majlis boleh, dengan persetujuan yang bertulis daripada Duli Yang Maha Mulia, mengarahkan bahawa harta dan harta benda itu hendak-lah di-champorkan ka-dalam dan menjadi bahagian Baitul-Mal.

(3) Jika sharat2 sa-suatu wakaf atau nazar 'am ada-Iah sa-demikian bahawa chara menggunakan harta modal dan harta benda yang berthabit dengan-nya tiada di-terangkan, atau tidak tentu chara-nya hendak di-gunakan, maka Majlis boleh mengarahkan bahawa harta modal dan harta benda itu hendak-lah di-champorkan ka-dalam dan menjadi bahagian Baitul-Mal.

(4) Semua surat2 yang menjadikan, memberi keterangan atau mengenai wakaf atau nazar 'am, bersama2 dengan sa-suatu surat milek tanah atau chagaran2 yang lain yang bersangkutan dengan-nya, hendak-lah di-pegang dan di-simpan oleh Majlis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.