ENAKMEN 4 TAHUN 2005
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 2005
BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Am
Seksyen 13. Fakta yang menjadi qarinah apabila hak atau ‘urf dipersoalkan
Jika soalnya ialah tentang kewujudan apa-apa hak atau ‘
urf
, maka fakta yang berikut ialah
qarinah
:
(a) apa-apa transaksi yang dengannya hak atau ‘
urf
yang dipersoalkan itu telah diwujudkan, dituntut, diubahsuaikan, diiktirafkan, ditegaskan atau dinafikan atau yang tak konsisten dengan kewujudan hak atau ‘
urf
itu;
(b) hal-hal tertentu dalamnya hak atau
‘urf
itu telah dituntut, diiktirafkan atau digunakan atau dalammya penggunaan hak atau
‘urf
itu telah dipertikaikan, ditegaskan atau tidak diikuti.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.