ENAKMEN 12 TAHUN 1991
ENAKMEN KAWALAN DAN SEKATAN PENGEMBANGAN AGAMA-AGAMA BUKAN ISLAM 1991

BAHAGIAN III - PENGUATKUASAAN DAN PELBAGAI



Seksyen 14. Peperiksaan saksi-saksi

(1) Seorang pegawai diberikuasa membuat suatu penyiasatan di bawah seksyen 12 boleh memeriksa secara lisan mana-mana orang yang dijangka tahu akan fakta-fakta dan hal-hal yang berkaitan dengan kes itu.

(2) Orang itu adalah diwajibkan menjawab semua soalan berhubung dengan kes itu yang dikemukakan kepadanya oleh pegawai diberikuasa itu:

Dengan syarat bahawa orang itu boleh enggan menjawab apa-apa soalan yang jawapannya berkemungkinan mendedahkannya kepada suatu pertuduhan jenayah atau penalti atau lucuthak.

(3) Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu adalah dibuat pada keseluruhan atau sebahagiannya bagi menjawab soalan-soalan.

(4) Seorang pegawai diberikuasa yang memeriksa seseorang di bawah seksyenkecil (1) hendaklah terlebih dahulu memberitahu orang itu akan peruntukan-peruntukan seksyenkecil (2) dan (3).

(5) Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, jika boleh, dituliskan dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau ditandakan dengan cap ibu jarinya, sebagaimana yang berkenaan, selepas dibacakan kepada orang itu dalam bahasa ia membuat pernyataan itu dan ia telah diberi peluang untuk membuat pembetulan-pembetulan yang hendak dibuat olehnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.