Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

BAHAGIAN IX - KESALAHAN2



Seksyen 156. Sumbang.

(1) Barang siapa yang bersetuboh dengan sa-orang yang ia-nya di-tegah atau yang di-ketahui-nya atau ada sebab2 yang boleh di-perchayaY-nya bahawa ia di-tegah, nikah dengan orang itu oleh Hukum Shara' kerana keturunan, sa-susuan atau perkahwinan ada-lah melakukan satu kesalahan sumbang.

(2) Mana laki2 melakukan kesalahan sumbang kerana keturunan atau sa-susuan apabila thabit kesalahan-nya boleh-lah di-hukum penjara tidak lebeh daripada satu tahun.

(3) Mana2 perempuan yang di-dapati bershubahat melakukan kesalahan yang tersebut dalam fasal kechil 2 dalam fasal ini hendak-lah di-hukum penjara tidak lebeh daripada satu tahun.

(4) Mana2 laki2 melakukan kesalahan sumbang di-sebabkan dengan perkahwinan hendak-lah di-hukum penjara tidak lebeh daripada satu tahun.

(5) Mana2 perempuan yang di-dapati bershubahat melakukan kesalahan dalam fasal kechil (4) dalam fasal ini
manakala thabit kesalahan-nya boleh-lah di-hukum penjara tidak lebeh daripada satu tahun.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.