Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

BAHAGIAN X - PERKARA 'AM



Seksyen 191. Menyelamatkan kuasa dan peratoran2 dan perlantekan.

Segala peratoran2, pemashhoran2, perentah2, notis2, borang2, lesen2 yang di-keluarkan dan perlantekan yang di-perbuat di-bawah atau dengan kuasa2 mana2 Undang2 yang bertulis yang di-batalkan oleh Undang2 ini hendak-lah terus berjalan kuasa-nya setakat yang ia-nya tidak berlawanan dengan atau di-gantikan oleh sharat2 di-dalam Undang2 ini, sa-hingga di-batalkan atau di-gantikan oleh peratoran2, pemashoran2, borang2, perentah2, notis2, lesen2 atau perlantekan yang di-keluarkan atau di-perbuat dibawah sharat2 daripada Undang2 ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.