ENAKMEN 11 TAHUN 2013
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 2013

BAHAGIAN V - KESALAHAN PELBAGAI



Seksyen 36. Memberikan keterangan, maklumat atau pernyataan palsu

(1) Mana-mana orang yang memberikan keterangan palsu atau memalsukan keterangan bagi maksud digunakan dalam mana-mana peringkat prosiding kehakiman di Mahkamah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2) Mana-mana orang yang mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan telah dilakukan di bawah Enakmen ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan agama Islam, memberikan apa-apa maklumat berhubungan dengan kesalahan itu yang diketahuinya atau dipercayainya sebagai palsu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.