ENAKMEN 6 TAHUN 2008
ENAKMEN MUFTI DAN FATWA (KEDAH DARUL AMAN) 2008

BAHAGIAN III - JAWATANKUASA FATWA



Seksyen 20. Korum

(1) Pengerusi dan lima orang ahli Jawatankuasa Fatwa yang lain hendaklah membentuk korum.

(2) Tiada urusan, kecuali mengenai penangguhan, boleh dilakukan dalam sesuatu mesyuarat, dan tiada ketetapan atau tindakan Jawatankuasa Fatwa yang dibuat atau dilaksanakan dalam sesuatu mesyuarat adalah sah melainkan, jika sekurang-kurangnya satu pertiga daripada anggota, termasuk orang yang mempengerusikan mesyuarat, hadir dalam mesyuarat itu.

(3) Tertakluk kepada kehendak Enakmen ini, Jawatankuasa Fatwa itu boleh membuat peraturannya sendiri dan membuat apa-apa tatacara di bawahnya.

(4) Ahli Jawatankuasa Fatwa hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut Kanun Keseksaan [Akta 574].




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.