Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

PERATORAN PERBICHARAAN MAL



Seksyen 87. Menjalan-kan hukuman dan perentah.

(1) jika siapa2 yang terikat kapada mana2 hukuman atau perentah yang di-jatohkan oleh satu2 Mahkamah tiada mengikut hukuman atau perentah itu di-dalam masa yang pada timbangan Mahkamah itu berpatutan maka Mahkamah itu boleh-lah dengan permintaan sa-siapa yang ada hak atau mendapat faedah di-atas hukuman atau perentah itu, atau pun dengan kehendak Mahkamah itu sendiri, menghantar satu salinan hukuman dan perentah-nya yang di-aku"i sah kapada mana2 Mahkamah Pengadil yang berkuasa di-tempat itu bersama dengan satu permintaan supaya hukuman-nya itu atau perentah-nya itu boleh dijalankan oleh Pengadil Mahkamah itu. Maka tertanggonglah di-atas Mahkamah Pengadil menjalankan. hukuman atau perentah-nya itu dan menggunakan apa2 kuasa di-atas perkara yang demikian termasok-lah kuasa menangkap dan menahan dan mengeluarkan saman orang yang berhutang (judgement-debtor summons) saperti sa-olah2-nya hukuman perentah itu di-keluarkan-nya sendiri. Tetapi jika siapa2 dengan sengaja tidak mengikut apa2 hukuman yang telah di-jatohkan mengena"inafkah tanggongan, maka Mahkamah Pengadil boleh-lah, bagi tiap2 satu kali bayaran tidak dijelaskan, memberi perentah dengan surat waran supaya wang nafkah yang terhutang itu di-pungut mengikut chara2 memungut wang hutang denda di-bawah kuat kuasa yang di-beri kapada Mahkamah itu mengikut undang2 atau pun menjatohkan hukuman penjara bagi tiap2 bulan wang nafkah itu tidak di-jelaskan :

Dengan sharat jika banyak wang yang akan di-bayar di-dalam hukum atau perentah itu atau nilai benda yang menjadi perkara itu lebeh daripada lima ratus ringgit maka mana2 sharat yang tersebut di-atas tadi hendak-lah di-bacha sa-olah2 perkataan "Mahkamah Pengadil" di-gantikan dengan perkataan "Mahkamah Sessions" dan perkataan "Pengadil" di-gantikan dengan "Yang di-Pertua".

(2) Mahkamah Kadhi Besar hendak-lah mempunyal kuasa dan kewajipan berkenaan dengan menjalankan hukuman atau perentah Mahkamah2 Pengadil itu sendiri mengikut Perentah XXI dan XXII Peratoran Mahkamah Rendah, 1950, atau mana2 peratoran yang serupa yang berjalan kuat kuasa-nya dari sa-masa ka-samasa melainkan dan di-kechualikan ia tiada menjalankan hukuman atau perentah di-atas harta2 yang tiada boleh di-ubah. Kadhi Besar hendak-Iah berkuasa melantek mana2 sa-orang pegawai rendah membuat pekerjaan tukang lelong (bailiff).

(3) Mahkamah Kadhi boleh-Iah bagi menggantikan perjalanan yang di-sebutkan di-dalam fasal kechi I (1) dalam fasal ini dalam keadaan dan chara yang serupa, meminta Kadhi Besar menjalankan hukuman at au perentah Mahkamah Kadhi. Maka dengan itu Mahkamah Kadhi Besar boleh-Iah menjalankan hukuman atau perentah-nya itu dan menggunakan kuasa2 yang berkaitan saperti yang di-berikan kapada Mahkamah Pengadil.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.