ENAKMEN 9 TAHUN 2015
ENAKMEN WAKAF (PERAK) 2015

BAHAGIAN IX - KEWANGAN



Seksyen 35. Mawquf

(1) Mawquf yang sah di sisi undang-undang tidak boleh menjadi sebahagian daripada Baitulmal, tetapi hendaklah digunakan menurut maksud wakaf itu di bawah Kumpulan Wang Wakaf.

(2) Jika terma mana-mana wakaf tidak menyatakan cara penggunaan harta yang tersentuh olehnya, atau tidak pasti daripada terma itu cara bagaimana harta itu patut digunakan, Majlis boleh mengarahkan supaya harta itu dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Wakaf sebagai wakaf am.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.