Enakmen 5 Tahun 2008
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN



Seksyen 10. Kuasa untuk meminjam

(1) Majlis boleh, dengan kelulusan Raja dalam Mesyuarat dan atas terma-terma dan syarat-syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Raja dalam Mesyuarat, meminjam apa-apa jumlah wang yang mungkin diperlukannya untuk menunaikan mana-mana fungsinya di bawah Enakmen ini.

(2) Jumlah wang yang dipinjam menurut kuasa subseksyen (1) hendaklah dibayar ke dalam Baitulmal.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.