ENAKMEN 11 TAHUN 1998
ENAKMEN PERBADANAN BAITULMAL 1998

BAHAGIAN VII - PEMANSUHAN DAN PERUNTUKAN PERALIHAN



Seksyen 38. Pemindahan kuasa, hak, tanggungan dan tugas.

Tertakluk kepada peruntukan Enakmen ini, apa-apa kuasa, hak, keistimewaan, tugas, liabiliti atau kewajipan berkenaan dengan baitulmal, wakaf dan nazar yang sebelum sahaja atau terdahulu daripada tarikh yang ditetapkan adalah kuasa, hak, keistimewaan, tugas, liabiliti atau kewajipan MajIis hendaklah, mulai daripada tarikh yang ditetapkan berpindah kepada Perbadanan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.