Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

BAHAGIAN I



Seksyen 2. Ma'ana.

Melainkan jika maksud-nya berkehendakkan kepada ma'ana yang lain maka di-dalam Undang2 ini-

"Anak Dara" ma'ana-nya perempuan yang baligh yang belum pernah berkahwin.

"Adat Melayu" ma'ana-nya sa-bahagian daripada 'Adat yang ada kuasa undang2 dan berjalan kuasa dalam Negeri ini yang di-kenal sa-bagai "Harta Sa-pencharian" dan "Belanja Hangus".

"Ahli Kariah" ma'ana-nya orang yang tinggal tetap di dalam mana2 kariah masjid.

"' Amil" ma'ana-nya sa-orang pemungut Zakat dan/ atau Fitrah yang di-lantek oleh Yang di-Pertua.

"Baitul Mal" ma'ana-nya kumpolan wang sa-bagaimana kehendak fasal 92 Bahagian Yang Keempat dalam Undang2 ini.

"Baligh" ma'ana-nya sa-orang yang telah sampai umor dewasa mengikut Hukum Shara'.

"Belanja Hangus" ma'ana-nya sa-bahagian wang dan/ atau barang2 yang di-janjikan di-antara pehak lelaki dan pehak perempuan yang bertunang yang akan di-jelaskan sa-belum bersatu di-dalam sa-suatu perkahwinan.

"Fakir" ma'ana-nya sa-saorang yang tiada di-bawah tanggongan orang lain dan pendapatan-nya tiada sampai sa-paroh daripada kehendak perbelanjaan yang perlu bagi-nya dan orang di-bawah tanggongan-nya mengikut Hukum Shara'.

"Fitrah" ma'ana-nya satu sukatan beras atau harga-nya yang wajib di-keluarkan oleh sa-orang Islam mengikut Hukum Shara'

"Harta Sa-pencharian" ma'ananya pendapatan atau harta yang di-dapat daripada usaha bersama di-antara suami dan isteri dan termasok-lah pendapatan yang di-dapat daripada modal yang di-dapat daripada usaha mereka bersama.

"Harta Shara" ma'ana-nya Undang2 Islam dalam Mazhab Shafi'i atau undang2 dalam mana2 satu Mazhab ia-itu Maliki, Hambali dan Hanafi yang telah di-luluskan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan bagi di-kuat kuasakan dalam Negeri dari satu masa ke-satu masa.

"Iddah" ma'ana-nya satu tempoh yang di-dalam masa itu sa-orang perempuan yang telah bercherai atau telah mati suami-nya di-larang oleh Hukum Shara' berkahwin lagi.

"Janda" ma'ana-nya sa-orang perempuan yang bukan anak dara atau isteri orang.

"Jawatan-kuasa Masjid" ma'ana-nya sa-buah jawatan-kuasa yang menguruskan hal ehwal sa-sabuah masjid.

"Kariah" dan "Kariah Masjid" ma'ana-nya sa-buah kawasan satu2 masjid yang di-tentukan oleh kebiasaan pendudok2 di-tempat itu.

"Kadhi" ma'ana-nya sa-orang Kadhi yang di-lantek mengikut Undang2 ini dan termasok-lah Kadhi Besar.

"Kadhi Besar" ma'ana-nya Kadhi Besar, Perak.

"Mahkamah" ma'ana-nya Mahkamah Kadhi atau Kadhi Besar atau Jawatan-kuasa Ulang Bichara mengikut fasal 44 dan 46 dalam Undang2 ini.

"Majlis" ma'ana-nya Majlis Ugama Islam dan 'Adat Melayu Perak yang di-tubohkam mengikut fasal 5 dalam Undang2 ini.

"Masjid" ma'ana-nya suatu bangunan yang di-dirikan atau yang di-gunakan bagi tempat bersembahyang Juma'at atau lain pekerjaan 'amal 'ibadat yang berkaitan dengan Ugama Islam yang di-luluskan di-bawah Undang2 ini dan di-i'tiraf oleh Yang di-Pertua, Majlis Ugama Islam dan 'Adat Melayu Perak sa-bagai sa-buah masjid.

"Mas Kahwin" ma'ana-nya bayaran kahwin yang wajib di-tentukan mengikut Hukum Shara' oleh sa-orang suami kepada isteri-nya pada masa perkahwinan di-adakan sama ada di-bayar dengan wang tunai atau dengan benda atau dengan berhutang dengan chagaran atau tiada.

"Mat'ah" ma'ana-nya pemberian yang wajib atas suami kapada isteri kerana bercherai.

"Mufti" ma'ana-nya sa-orang yang di-lantek menjadi Mufti Negeri Perak mengikut fasal 39 dalam Undang2 ini.

"Muallaf" ma'ana-nya sa-orang yang telah berpindah ka-Ugama Islam yang keperchayaan-nya maseh belum berapa kukoh.

"Orang Islam" ma'ana-nya orang yang berketurunan daripada salah sa-orang daripada ibu bapa-nya orang Islam atau orang yang telah masok Ugama Islam di-bawah Undang2 ini dan tidak membuat perishtiharan keluar daripada Islam.

"Nafkah" ma'ana-nya perbelanjaan yang mustahak mengenai makanan, pakaian dan tempat tinggal bagi tiap2 isteri, anak dan janda yang di-wajibkan oleh Hukum Shara'.

"Nazar" ma'ana-nya ikrar dengan sebutan hendak membuat apa2 perkara kebajikan atau memberikan apa2 harta bagi penggunaan yang di-haruskan oleh Ugama Islam.

"Pegawai Masjid" ma'ana-nya Imam, Khatib, Bilal dan Siak bagi satu2 masjid.

"Peguam Shar'iah" sa-orang yang telah mendapat Surat Tauliah mengikut fasal 51 (9) dan boleh-lah menjadi wakil bichara bagi mana2 pehak dalam mana2 Mahkamah di-bawah Undang2 ini.

"Pemberian" ma'ana-nya wang atau benda2 yang di-beri oleh suami kapada isteri atau isteri kapada suami.

"Pendaftar" ma'ana-nya Pendaftar Kahwin dan Cherai bagi orang Islam yang di-lantek mengikut fasal 118 dalam Undang2 ini.

"Rujo' " ma'ana-nya mengembalikan sa-orang perempuan kapada nikah yang sudah di-cheraikan oleh suami-nya mengikut Hukum Shara'.

"Setia-usaha" ma'ana-nya Setia-usaha Majlis Ugama Islam dan 'Adat Melayu, Perak.

"Ta'alik" ma'ana-nya menggantongkan penuaian talaq dengan sa-suatu.

"Talaq" ma'ana-nya merungkaikan ikatan nikah dengan lafadz yang terpakai mengikut Hukum Shara'.

"Tauliah" ma'ana-nya suatu surat kuasa yang di-keluar-kan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan atau bagi pehak-nya.

"Tebus Talaq" ma'ana-nya merungkaikan ikatan nikah dengan lafadz yang terpakai mengikut Hukum Shara' yang di-sharatkan dengan pembayaran yang tertentu dan yang telah di-setujui oleh isteri kapada suami-nya.

"Ulama" ma'ana-nya sa-orang yang bermastautin dalam Negeri ini, mahir dalam Hukum Shara' dan mendapat Surat Tauliah.

"Wakaf" termasok-lah "Wakaf' Am dan Wakaf Khas" tetapi tidak termasok tanah yang di-untokkan bagi menanam mayat.

" Wakaf ' Am" ma'ana-nya satu pemberian harta yang kekal bagi maksud ugama atau kebajikan yang di-akui oleh Hukum Shara'.

"Wakaf Khas" ma'ana-nya satu pemberian harta yang kekal bagi maksud ugama atau kebajikan yang di-akui oleh Hukum Shara', keuntongan daripada harta itu di-bayar kapada orang2 atau bagi maksud2 yang di-tentukan oleh wakaf itu.

"Wali" ma'ana-nya warith bagi sa-saorang perempuan yang boleh mengkahwinkan ia mengikut Hukum Shara'.

"Yang di-Pertua" ma'ana-nya Yang di-Pertua, Majlis Ugama Islam dan ' Adat Melayu, Perak.

"Zakat" ma'ana-nya satu pembayaran yang wajib di-keluarkan oleh sa-saorang Islam daripada harta dan pendapatan mengikut Hukum Shara'.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.