ENAKMEN 15 TAHUN 2015
ENAKMEN WAKAF (NEGERI SELANGOR) 2015

BAHAGIAN X - PERUNTUKAN AM



Seksyen 46. Pengertian surat cara atau perisytiharan

Jika, pada pendapat Perbadanan, makna atau kesan mana-mana surat cara atau perisytiharan yang mewujudkan atau menyentuh mana-mana wakaf adalah samar-samar atau tidak jelas, Perbadanan boleh merujukkan perkara itu kepada Mahkamah bagi mendapatkan keputusannya mengenai makna dan kesan tersebut dan hendaklah bertindak menurut apa-apa perintah yang dibuat oleh Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.