ENAKMEN 19 TAHUN 2014
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (KEDAH DARUL AMAN) 2014

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGA
Bab 3 - Pemeriksaan saksi



Seksyen 93. Pemeriksaan balas atas orang yang dipanggil untuk mengemukakan apa-apa dokumen

Seseorang yang disaman supaya mengemukakan sesuatu dokumen tidaklah menjadi seorang saksi semata-mata oleh sebab dia mengemukakan dokumen itu, dan dia tidak boleh diperiksa balas melainkan jika dan sehingga dia dipanggil sebagai saksi.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.