Enakmen 5 Tahun 2008
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008

BAHAGIAN V - MASJID



Seksyen 60. Sekatan tentang penubuhan masjid dan penalti

(1) Tiada seorang pun boleh, tanpa kebenaran bertulis daripada Majlis mendirikan apa-apa bangunan untuk digunakan, atau menggunakan atau menyebabkan supaya digunakan mana-mana bangunan, bagi perkara-perkara yang hanya boleh dilakukan di dalam atau oleh masjid.

(2) Mana-mana orang yang melanggar peruntukan subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.