Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

BAHAGIAN IX - KESALAHAN2



Seksyen 153. Isteri yang tiada ta'at.

(1) Mana2 perempuan yang senghaja tiada ta'at kapada apa2 perentah yang di-beri oleh suami-nya mengikut Hukum
Shara' boleh-lah di-denda tiada lebeh daripada lima puloh ringgit atau bagi kesalahan yang kedua atau kesalahan yang berikut-nya boleh-lah di-denda tiada lebeh daripada satu ratus ringgit atau di-penjara tiada lebeh daripada tujoh hari:

Dengan sharat bahawa hendak-lah menjadi pembelaan yang chukup kapada sa-suatu penda'awaan menurut fasal ini bahawa suami itu telah salah kerana menchercha atau menyeksa yang di-tudoh lebeh daripada sa-kali di-dalam tahun yang lalu.

(2) Mana2 perempuan yang berugama Islam tidak suka akan suami-nya membuat helah memurtadkan diri-nya daripada Ugama Islam supaya membatalkan nikah-nya jika thabit dengan kesalan itu boleh-lah di-hukum dengan penjara sa-lama tidak lebeh daripada enam bulan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.