ENAKMEN 6 TAHUN 2008
ENAKMEN MUFTI DAN FATWA (KEDAH DARUL AMAN) 2008

BAHAGIAN II - MUFTI



Seksyen 7. Fungsi Mufti

(1) Mufti hendaklah membantu dan menasihati Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan berkenaan dengan semua perkara Hukum Syarak dan dalam semua perkara sedemikian hendaklah menjadi pihak berkuasa utama di Negeri Kedah Darul Aman selepas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan, kecuali jika diperuntukkan selainnya dalam Enakmen ini.

(2) Mufti hendaklah bertanggungjawab terus kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Baginda bolehlah, dari masa ke semasa memberi perintah sama ada secara am atau khas yang Baginda fikirkan perlu atau bermanfaat, iaitu perintah yang tidak berlawanan dengan peruntukan Enakmen ini, dan adalah menjadi kewajipan Mufti mematuhi dan melaksanakan perintah itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.