ENAKMEN 11 TAHUN 1998
ENAKMEN PERBADANAN BAITULMAL 1998

BAHAGIAN VII - PEMANSUHAN DAN PERUNTUKAN PERALIHAN



Seksyen 37. Undang-undang terus berkuatkuasa, dll.

(1) Tertakluk kepada peruntukan Enakmen ini, segala undang-undang bertulis, perintah, kaedah dan peraturan yang menyentuh dan untuk perlindungan Majlis berkenaan dengan baitulmal,wakaf dan nazar yang berkuatkuasa sebelum sahaja atau terdahulu daripada tarikh yang ditetapkan hendaklah, sehingga dipinda atau dimansuhkan oleh pihak berkuasa yang mempunyai kuasa untuk berbuat sedemikian, terus berkuatkuasa pada dan selepas hari yang ditetapkan dan hendaklah diberi kuatkuasa seolah-olah Enakmen ini tidak diluluskan.

(2) Segala perintah, arahan, perlantikan, pemberitahuan, kaedah dan peraturan yang dibuat di bawah peruntukan Enakmen yang dimansuhkan berkenaan dengan baitulmal, wakaf dan nazar yang berkuatkuasa sebelum sahaja atau terdahulu daripada hari yang ditetapkan hendaklah, setakat mana ia tidak berlawanan dengan peruntukan Enakmen ini, disifatkan sebagai telah dibuat di bawah Enakmen ini dan hendaklah terus berkuatkusa sehingga peruntukan yanglain dibuat di bawah Enakmen ini atau sehingga tarikh habis tempohnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.